Suzhou

Rencana ini berkenaan dengan bandar raya di Jiangsu. Sila lihat juga Suzhou, Anhui, dan Jiuquan (dahulu Suzhou), Gansu.
苏州市
Bandar raya Suzhou
(Sūzhōu Shì)
Suzhou is highlighted on this map
Jenis pentadbiran Bandar raya peringkat prefektur
Pusat kerajaan Daerah Jinchang
(31°39′U, 120°37′T)
Keluasan
- Jumlah
- Pusat bandar
 
8,488 km²
1,560 km²
Jumlah penduduk
- Jumlah
- Pusat bandar
 
6,062,200 (2004)
2,245,300 (2004)
KDNK
- Jumlah
- Per kapita
 
¥482.02 bilion (2006)
¥78,236 (2006) AS$10,087 (2006)
Kerakyatan utama Bangsa Han
Pembahagian
peringkat kaunti
12
Pembahagian
peringkat perbandaran
--
Setiausaha Jawatankuasa CPC Wang Rong (王荣)
Datuk Bandar Yan Li (阎立)
Bunga bandar raya Osmanthus
Pokok bandar raya Pokok Kapur Barus
Loghat daerah Wu: Suzhouhua
(苏州话)
Kod kawasan 512
Kod pos 215000
Awalan plat nombor 苏E
Taman Pentadbir Hina.
Suzhou is located in Bumi
Suzhou
Suzhou (Bumi)
Mapsunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Suzhou (Cina Ringkas: 苏州code: zh is deprecated ; Cina Tradisional: 蘇州code: zh is deprecated ; pinyin: Sūzhōu; nama kuno: 吳) ialah sebuah bandar raya bersejarah panjang yang terletak di hulu Sungai Yangzi serta pantai Tasik Taihu di provinsi Jiangsu, China. Bandar raya ini terkenal kerana jambatan batu, pagoda, dan taman bunganya yang direka bentuk dengan teliti dan yang telah menjadikannya sebagai sebuah tarikan pelancongan yang agung.

Suzhou juga merupakan sebuah pusat yang penting untuk industri sutera China sejak dari Dinasti Song (960-1279), dan masih mengekalkan kedudukannya itu pada hari ini. Ia merupakan sebahagian Kawasan Segi Tiga Emas. KDNK per kapitanya sebanyak ¥66,826 (k.k. AS$7,649) pada tahun 2004 menyebabkan ditempatkan No. 5 antara 659 buah bandar raya Cina.

Sejarah

Suzhou, tempat bermulanya kebudayaan Wu, ialah salah satu daripada bandar-bandar yang tertua di Lembangan Yangzi. 2500 tahun dahulu pada akhir Dinasti Shang, puak-puak tempatan yang menamai diri sebagai "Gou Wu" tinggal di kawasan ini yang kemudian menjadi Suzhou.

Pada tahun 514 SM semasa Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh, Raja Helu (阖闾) dari Wu mengasaskan "Kota Agung Helu", nama kuno untuk Suzhou, sebagai ibu kotanya. Pada tahun 496 SM, Helu mangkat dan dikebumikan di Huqiu (Bukit Harimau 虎丘).

Pada tahun 473 SM, Wu ditewaskan oleh Yue, lagi sebuah kerajaan di timur yang tidak lama kemudian diilhakkan oleh Chu pada tahun 306 SM. Zaman kegemilangan Suzhou sudah lepas. Saki baki kebudayaannya termasuk saki baki tembok dan pintu tembok di Pintu Pan yang wujud sejak dari 2,500 tahun lagi.

Menjelang zaman Dinasti Qin, kota ini dikenali sebagai Kaunti Wu. Xiang Yu (项羽) memulakan pemberontakan bersejarahnya di sini pada tahun 209 SM yang membantu menggulingkan Dinasti Qin. Pada tahun 589 semasa Dinasti Sui, kota ini dinamai semula sebagai Suzhou.

Apabila Terusan Agung siap dibina, Suzhou mendapati diri terletak di tempat yang strategik pada sebuah laluan perdagangan yang utama. Pada sepanjang sejarah China, ia merupakan sebuah metropolis perindustrian dan perdagangan yang utama di pantai tenggara China.

Semasa Dinasti Tang (825 Masihi), pemuisi agung Bai Juyi (白居易) membina Terusan Shantang (dipanggil "Shantang Jie" atau 山塘街) untuk menghubungkait kota ini dengan Huqiu bagi manfaat para pelancong. Kemudian pada tahun 1035, Fan Zhongyan (范仲淹), pemuisi dan penulis agung, membina Kuil Confucius yang kemudian dipergunakan untuk menjalankan Peperiksaan Awam Empayar.

Pada bulan Februari 1130, angkatan tentera Dinasti Jin yang mara dari utara menjarah dan membunuh beramai-ramai di kota ini. Ini disusuli oleh serangan Mongol pada tahun 1275 dan pemusnahan kota diraja (di tengah kota yang bertembok) pada permulaan Dinasti Ming pada tahun 1367.

Selepas itu, Suzhou mengalami suatu tempoh yang lebih makmur. Banyak daripada taman-taman peribadi yang masyhur dibina oleh para ningrat dinasti-dinasti Ming dan Qing. Bagaimanapun, askar-askar Taiping menawan kota itu dan pada bulan November 1863, Angkatan Tentera Yang Sentiasa Menang (Ever Victorious Army ) yang diketuai oleh Charles Gordon menawan semula kota itu daripada angkatan tentera Taiping.

Krisis berikut yang melanda Suzhou ialah serangan Jepun pada tahun 1937. Banyak tamannya dimusnahkan menjelang akhir peperangan. Pada awal dekad 1950-an, kerja-kerja membaik pulih dibuat oleh Zhuo-Zheng Yuan (Taman Pentadbir Rendah Hati), Dong Yuan (Taman Timur), dan orang-orang lain.

Pada tahun 1981, kota kuno ini disenaraikan oleh Majlis Negara Republik Rakyat China sebagai salah satu daripada empat buah bandar raya (yang lain ialah Beijing, Hangzhou, dan Guilin) yang perlindungan warisan sejarah dan kebudayaan serta pemandangan semula jadinya diperlakukan sebagai sebuah projek keutamaan. Sejak dari masa itu, dengan projek-projek ekonomi subbandar, Suzhou telah berkembang menjadi salah satu bandar raya yang paling makmur di China.

Taman-taman klasik di Suzhou dimasukkan ke dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun-tahun 1997 dan 2000. Adalah mungkin untuk membuat lawatan maya ke Taman-taman Klasik Suzhou yang mengagumkan ini melalui panografi laman web UNESCO.

Daerah dan bandar satelit

Sebagai salah satu daripada bandaraya-bandaraya yang paling makmur di China, pembangunan Suzhou mempunyai hubung kait yang langsung dengan pertumbuhan bandaraya-bandaraya satelit, khususnya Kunshan, Taicang, dan Zhangjiagang. Kawasan kuasa Suzhou merupakan tempat untuk banyak perusahaan pembangunan teknologi tinggi.

Pada peringkat kaunti, Suzhou menguasai:

  • Daerah-daerah:
    • Canglang (沧浪)
    • Jinchang (金阊)
    • Pingjiang (平江)
    • Taman Perindustrian Suzhou (工业园区)
    • Zon Pembangunan Teknologi Tinggi & Baru Suzhou (高新区)
    • Xiangcheng (相城)
    • Wuzhong (吴中)
  • Bandar raya peringkat kaunti:
    • Changshu (常熟)
    • Taicang (太仓)
    • Kunshan (昆山)
    • Wujiang (吴江)
    • Zhangjiagang (张家港).

Mercu tanda

Pintu masuk ke dalam salah satu taman di Suzhou.
  • Pintu Pan telah wujud sejak dari 2,500 tahun dahulu dan dibina buat pertama kali oleh negeri Wu pada Zaman Negeri-negeri Berperang. Ia dikenali untuk strukturnya yang unik sebagai suatu gabungan pintu air dan daratan.
  • Bukit Harimau (Huqiu) [1]
  • Xuanmiao Guan (pada asalnya dibina pada tahun 276, dan dibina semula pada tahun 1584)
  • Kuil Huqiu (pada asalnya dibina pada tahun 327, dan dibina semula pada tahun 1871)
  • Kuil Gunung Dingin (Hanshan Si) [2] (dibina pada tahun 503, dimusnahkan dan banyak kali dibina semula, dengan pembinaan semula yang terakhir dibuat pada tahun 1896)
  • Jambatan Baodai (dibina pada tahun 816, dan dibina semula pada tahun 1442)
  • Terusan Shantang (dibina pada tahun 825)
  • Pagoda Yunyan (dibina pada tahun 961)
  • Pagoda Ruiguang (dibina pada tahun 1009)
  • Taman Masih Ada (Liu Yuan) [3] (dibina pada tahun 1525, dan dibina semula pada tahun 1953)
  • Taman Tokoh Jaring (Wang Shi Yuan) (dibina pada zaman Dinasti Song)
  • Astaka Gelombang Biru (Canglang Ting) [4] (dibina pada tahun 1696)
  • Vila Gunung dengan Keindahan Menyeluruh
  • Taman Dusun Singa (dibina pada tahun 1342)
  • Taman Penamanan
  • Taman Unduran & Renungan
  • Taman Pentadbir Rendah Hati (Zhuozheng Yuan) [5] (dibina pada tahun 1513, dan dibina semula pada tahun 1860)
  • Pintu untuk Timur, bangunan tertinggi di bandar raya ini dijangka akan siap pada tahun 2007

Pengangkutan

Keratan rentas 8 lorng Lebuhraya HuNing. 显示双向8车道

Untuk kemudahan orang ramai, Suzhou terletak di Landasan Jinghu yang menghubungkait Shanghai dengan Nanjing, ibu kota provinsi, dengan kedua-duanya mempunyai perkhidmatan kereta api setiap jam. Stesen Keretapi Suzhou adalah antara stesen penumpang yang tersibuk di China, dengan 139 buah kereta api yang singgah setiap hari. Keretapi-T hanya mengambil masa 45 minit ke Shanghai dan sejam setengah ke Nanjing.

Lebuhraya-lebuh raya Suzhou termasuk Lebuhraya Jiangsu-Shanghai, Lebuhraya Sungai Yangtze, dan Lebuhraya Suzhou-Jiaxin-Hangzhou. Jalan Keliling Luar Suzhou yang baru telah disiapkan pada tahun 2005, dan menghubungkait bandaraya-bandaraya pinggiran peringkat kaunti seperti Taicang, Kunshan, dan Changshu. Selain ini, Suzhou juga dihubungkait melalui sungai dengan bandar-bandar Zhangjiagang, Luzhi, Liujia, dan Changshou.

Walaupun Lapangan Terbang Shuofang dan Lapangan Terbang Penerbangan Bersatu Guangfu bertindak sebagai lapangan terbang perbandaran, dengan Majlis Negara meluluskan pembinaan sebuah lapangan terbang khusus untuk melayani Suzhou pada tahun 2003, pengangukutan udara dari Suzhou masih tertumpu kepada Lapangan Terbang Hongqiao dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai.

Kebudayaan

Pagoda ThebYunyan, menara condong.
  • Opera Cina: Kunqu berasal dari kawasan Suzhou, serupa dengan Opera Suzhou yang lebih kemudian. Nyanyian balad atau Suzhou pingtan merupakan suatu bentuk penceritaan tempatan yang mencampurkan nyanyian (diiringi oleh alat muzik pipa) dengan dialog loghat.
  • Sutera
  • Kraftangan: Sulaman Suzhou, kipas, alat muzik negara, pelekapan skrol, tanglung, perabot mahogani, ukiran jed, dewangga sutera, pigmen lukisan tradisional Studio Jiangenxutang, cetak blok kayu Tahun Baru Studio Taohuawu
  • Lukisan
  • Seni khat
  • Masakan: Ketam besar Tasik Yangcheng
  • Seni Sulaman Tangan Sutera Suzhou

Tokoh-tokoh terkenal dari Suzhou

Fail:SuzhouCanal.jpg
Terusan di Suzhou
  • Negarawan:
    • Fan Zhongyan (范仲淹)
    • Yen Chia-kan (嚴家淦)
  • Pemuisi:
    • Fan Chengda (范成大) (1126-1193)
    • Si Sepuluh Suzhou
  • Penulis drama:
  • Pelukis:
    • Tang Yin (唐寅)
    • Wen Zhengming (文徵明)
    • Wen Zhenheng (文震亨) (1585-1645 AD)
  • Ahli fizik:
  • Lain-lain: Gu Yanwu (顾炎武), Zhang Taiyan (章太炎)

Petikan

Pameran Bonsai/Penjing di salah satu taman di Suzhou.
  • " Sebuah kota yang besar dan mulia... Ia mempunyai 1,600 buah jambatan batu yang membolehkan kapal-kapal ghali berlalu."   - Marco Polo
  • Nama-nama samaran Suzhou: " Ibu kota Sutera", " Tanah Mewah", " Bandaraya Gusu", " Venice Timur"  (kerana terusan-terusan yang banyak), " Tempat Bermulanya Kebudayaan Wu", dan " Dunia Taman-taman"
  • Pepatah Cina:
    • 上有天堂 下有蘇杭 " Di langit, adanya syurga. Di bumi, adanya Suzhou dan Hangzhou."
    • " Lahir di Suzhou, tinggal di Hangzhou, makan di Guangzhou, dan mati di Liuzhou."  Pepatah ini kekadang juga disebut sebagai " Berkahwin di Suzhou..." kerana Suzhou dikatakan mempunyai tempat lahir wanita-wanita yang paling cantik di China.
    • 美不美 太湖水 親不親 故郷人 " Indah atau tidak, tiadanya apa-apa yang lebih indah daripada perairan Taihu. Bersaudara atau tidak, kami semua sekampung."

Pendidikan

Institusi-institusi pendidikan awam yang memberikan program-program ijazah Sarjana Muda penuh masa termasuk:

  • Universiti Soochow, juga dikenali sebagai "Universiti Suzhou" (苏州大学)
  • Universiti Sains dan Teknologi Suzhou (苏州科技学院).

Bandar Siswazah Suzhou terdiri daripada institusi-institusi lepas ijazah seperti Universiti Nasional Singapura, Pusat Pengajian Bersama Fudan, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Nanjing, dan sebagainya.

Lihat juga

  • Jambatan Tali Pinggang Berharga
  • Kawah Suzhou di planet Marikh yang dinamai sempena nama bandar raya ini
  • Luzhi
  • Muzium Suzhou dan I. M. Pei
  • Senarai tempat yang dikenali sebagai 'Venice sesuatu'
  • Wu
  • Wuxi

Pautan luar

  • (Inggeris) Laman web rasmi Bandaraya Suzhou (Kerajaan Suzhou)
  • Peta Interaktif Suzhou
  • Panduan bandar raya Suzhou dengan direktori terbuka (Rangkaian Jiangsu)
  • Pemandangan Suzhou Diarkibkan 2007-02-03 di Wayback Machine
  • Tempat-tempat yang berpemandangan indah di Suzhou
  • Taman Perindustrian Suzhou
  • l
  • b
  • s
Topik-topik Jiangsu
Nanjing (ibu negara)
Umum
Geografi
Pendidikan
  • Universiti Nanjing
  • Universiti Tenggara
  • Universiti Hohai
  • Universiti Normal Nanjing
  • Universiti Sains dan Teknologi Nanjing
Budaya
Tarikan pelancong
  • Gunung Ungu
  • Makam Sun Yat-sen
  • Makam Ming Xiaoling
  • Kuil Jiming
  • Jambatan Sungai Yangtze Nanjing
  • Tokong Hanshan
  • Menara Huqiu
  • Grand Buddha di Ling Shan
  • Istana Chaotia
  • Tokong Qixia
  • Tokong Pagoda Tianning
  • Zhouzhuang
  • Kategori Kategori
  • Laman Commons Commons
Flag of the People's Republic of China
Flag of the People's Republic of China
Tapak Warisan Dunia di China
Desa-desa di Anhui Selatan: Xidi dan Hongcun | Groto-groto Longmen | Groto-groto Yungang | Gua-gua Mogao | Gunung Emei dan Buddha Raksasa Leshan | Gunung Huangshan | Gunung Taishan | Gunung Wuyi | Huanglong | Ibu kota dan Makam Kerajaan Koguryo Kuno | Istana-istana empayar di Beijing dan Shenyang | Istana Musim Panas | Kawasan Perlindungan Panda Raksasa Sichuan | Kesatuan Istana Potala, Lhasa | Komplex bangunan di Pergunungan Wudang | Lembah Jiuzhaigou | Kuil & Perkuburan Confucius serta Rumah Agam Keluarga Kong, Qufu | Kuil Syurga | Lijiang | Makam empayar Dinasti Ming dan Qing | Makam Maharaja Qin Pertama | Ping Yao | Pusat Bersejarah Macau | Gunung Qingcheng dan Sistem Pengairan Dujiangyan | Taman Negara Lushan | Tapak Lelaki Peking, Zhoukoudian | Tempat Peranginan Gunung Chengde dan kuil-kuil yang jauh di Chengde | Taman-taman Klasik Suzhou | Tembok Besar | Tiga batang Sungai Selari di Kawasan-kawasan Perlindungan Yunnan | Ukiran Batuan Dazu | Wulingyuan | Yinxu