Radang meninges

Meningitis
Pengelasan dan sumber luaran
Meninges pada sistem saraf pusat: dura mater, arachnoid, dan pia mater.
ICD-10G00–G03
ICD-9320–322
P. Data Penyakit22543
MedlinePlus000680
eMedicinemed/2613 emerg/309 emerg/390
MeSHD008581
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Meningitis (Jawi: مينيڠيتيسcode: ms is deprecated ) atau radang selaput otak (Jawi: رادڠ سلاڤوت اوتقcode: ms is deprecated ) ialah keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina.

Jenis

Meningitis terdiri daripada beberapa buah jenis. Meningitis meningokokus ialah radang pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus). Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides, dan penyakit ini berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun. Ia juga kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang mempunyai tahap keimunan yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi.

Tanda dan gejala

Antara 5 ke 10% pesakit adalah pembawa pembawa sihat yang tidak mempunyai gejala. Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:

  • sakit kepala yang teruk
  • demam
  • loya
  • muntah
  • sakit tengkuk
  • tidak boleh melihat (silau) cahaya
  • ruam
  • tanda-tanda lain seperti rasa mengantuk dan kebingungan

Prognosis

Kadar kematian pesakit meningitis ialah 5–15% kes dengan terapi sempurna dan 50% tanpa rawatan. 20% kalangan pesakit meningitis yang selamat mengalami masalah saraf termasuk pekak dan lumpuh.

Diagnosis

Seseorang dengan gejala-gejala meningitis akan dilakukan ujian darah untuk mengenal pasti tanda-tanda keradangan.[1] Pengambilan cecair serebrospinal melalui tebukan lumbar ialah ujian paling utama dalam pengenalpastian meningitis.[2] Namun begitu, imbasan CT atau MRI perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum tebukan lumbar apabila pesakit mempunyai bendasing seperti tumor atau memiliki tekanan intrakranium yang tinggi.

Rawatan

Antibiotik kemoprofilaksis (pencegahan penyakit menggunakan antibiotik) adalah disyorkan kepada kontak rapat sahaja. Pemvaksinan hanya akan dilakukan sekiranya jangkitan tidak berkesan.

Pencegahan

Vaksin meningokokal

Vaksin ini (dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135) —yang boleh didapati di hospital kerajaan, klinik bergerak, poliklinik dan klinik swasta— disyorkan pengunaannya kepada pelancong atau pelawat yang ke kawasan endemikbseperti Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji atau umrah. Vaksin ini biasanya diambil dua minggu sebelum tarikh melancong atau melawat dan ia boleh bertahan selama kira-kira 3 hingga 5 tahun. Imunisasi secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan.

Rujukan

  1. ^ Chaudhuri A, Martinez-Martin P, Martin PM, Kennedy PG, Andrew Seaton R, Portegies P, Bojar M, Steiner I (July 2008). "EFNS guideline on the management of community-acquired bacterial meningitis: report of an EFNS Task Force on acute bacterial meningitis in older children and adults". European Journal of Neurology. 15 (7): 649–59. doi:10.1111/j.1468-1331.2008.02193.x. PMID 18582342.
  2. ^ Straus SE, Thorpe KE, Holroyd-Leduc J (October 2006). "How do I perform a lumbar puncture and analyze the results to diagnose bacterial meningitis?". JAMA. 296 (16): 2012–22. doi:10.1001/jama.296.16.2012. PMID 17062865.

Pautan luar

Pengelasan
Sumber luar
  • Vaksin meningitis
  • l
  • b
  • s
Penyakit sistem saraf, terutamanya sistem saraf pusat
Keradangan
Otak
  • Ensefalitis
    • Ensefalitis virus
    • Ensefalitis herpesvirus
    • Ensefalitis limbik
    • Ensefalitis letargika
  • Trombosis sinus gegua
  • Abses otak
    • Ameba
Otak dan saraf tunjang
  • Ensefalomielitis
    • Terselerak akut
  • Meningitis
  • Meningoensefalitis
Ensefalopati/
otak
Degeneratif
Gangguan gerakan
dan ekstrapiramid
  • Penyakit ganglion basal
    • Parkinsonisme
      • PD
      • Pascaensefalitis
      • NMS
    • NBIA
      • PKAN
    • Tauopati
      • PSP
    • Degenerasi striatonigral
    • Hemibalismus
    • HD
    • OA
  • Diskinesia
    • Distonia
      • Status distonikus
      • Tortikolis spasmodik
      • Meige
      • Blefarospasma
    • Atetosis
    • Korea
      • Koreoatetosis
    • Mioklonus
      • Sawan mioklonus
    • Akatisia
  • Tremor
    • Tremor perlu
    • Tremor berniat
  • Kaki resah
  • Orang kaku
Demensia
  • Tauopati
    • Alzheimer
      • Terbit awal
    • Afasia progresif primer
  • Demensia frontotemporal/Degenerasi lobus frontotemporal
    • Pick
  • Demensia badan Lewy
  • Atrofi korteks posterior
  • Demensia vaskular
Penyakit mitokondrion
  • Sindrom Leigh
Penyahmielinan
  • Autoimun
  • Keradangan
  • Sklerosis berbilang
  • Bagi maklumat lanjut, lihat Templat:Penyakit penyahmielinan sistem saraf pusat
Episodik/
paroksismal
Sawan dan epilepsi
  • Fokus
  • Am
  • Status epileptikus
  • Bagi maklumat lanjut, lihat Templat:Epilepsi
Sakit kepala
  • Migrain
  • Kluster
  • Tekanan
  • Bagi maklumat lanjut, lihat Templat:Sakit kepala
Serebrovaskular
  • TIA
  • Angin ahmar
  • Bagi maklumat lanjut, lihat Templat:Penyakit serebrovaskular
Lain-lain
  • Gangguan tidur
    • Bagi maklumat lanjut, lihat Templat:Tidur
CSF
  • Hipertensi intrakranium
    • Hidrosefalus
    • Hidrosefalus tekanan normal
    • Papiloma pleksus koroid
    • Hipertensi intrakranium idiopatik
  • Edema serebrum
  • Hipotensi intrakranium
Lain-lain
  • Pengherniaan otak
  • Sindrom Reye
  • Ensefalopati hati
  • Ensefalopati toksik
  • Ensefalopati Hashimoto
  • Ensefalopati statik
Kedua-dua
Degeneratif
SA
  • Ataksia Friedreich
  • Ataksia-telangiektasia
MND
  • UMN sahaja:
    • Sklerosis lateral primer
    • Palsi pseudobulba
    • Paraplegia spastik keturunan
  • LMN sahaja:
    • Neuronopati motor keturunan distal
    • Atrofi otot spina
      • SMA
      • SMAX1
      • SMAX2
      • DSMA1
      • DSMA kongenital
      • Atrofi otot spina dengan pradominan hujung bawah (SMALED)
        • SMALED1
        • SMALED2A
        • SMALED2B
      • SMA-PCH
      • SMA-PME
    • Atrofi otot progresif
    • Palsi bulba progresif
      • Fazio–Londe
      • Palsi bulba progresif infantil
  • l
  • b
  • s
Meningitis dan penyakit meninges lain
Meningitis
  • Araknoiditis
  • Bakteria
    • Tuberkulosis
    • Hemofil
    • Pneumokokus
  • Virus
    • Herpesvirus
  • Fungus
  • Aseptik
    • Terbitan ubat
Lain-lain
  • Meningoensefalitis
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Perancis (data)
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech