Piala Belia Malaysia 2023 juga di rujuk sebagai Liga Belia Malaysia 2023 ialah Kejohanan Ke-11 Piala Belia sejak penubuhannya pada tahun 2008. Kejohanan ini kini menjadi Kejohanan bola sepak Belia Malaysia untuk pemain berumur bawah 19 tahun.
Selangor B18 menang 4–3 secara agregat menentang Johor Darul Ta'zim IV di perlawanan akhir bagi merangkul gelaran keempat mereka.
Peraturan
Format
Kejohanan dimainkan seperti berikut:
Peringkat kumpulan: 12 pasukan dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C. Pasukan akan bermain perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan dengan pasukan dalam kumpulan masing-masing.[perlu rujukan]
Selepas 12 perlawanan dalam kumpulan, dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke liga satu,baki dua pasukan terbawah setiap kumpulan akan di letakkan ke liga dua.[perlu rujukan]
Peringkat liga: 12 pasukan dibahagi kepada dua liga kumpulan iaitu liga satu enam pasukan dan liga dua enam pasukan. Pasukan akan bermain satu perlawanan tunggal dengan pasukan dalam liga masing-masing, dimana venue perlawanan akan ditentukan penganjur.[perlu rujukan]
Selepas perlawanan liga, lima pasukan pasukan teratas dari liga satu dan tiga pasukan dari liga dua akan mara ke suku akhir.[perlu rujukan]
Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik.[perlu rujukan]
Pasukan
Pasukan berikut akan mengambil bahagian dalam Piala Belia Malaysia 2023.[perlu rujukan]