Perpustakaan Kolej Triniti

Perpustakaan Kolej Triniti is located in Bumi
Perpustakaan Kolej Triniti
Perpustakaan Kolej Triniti (Bumi)
Lokasi Perpustakaan Kolej TrinitiKoordinat53°20′38″N 6°15′24.5″W / 53.34389°N 6.256806°W / 53.34389; -6.256806Koordinat: 53°20′38″N 6°15′24.5″W / 53.34389°N 6.256806°W / 53.34389; -6.256806Negara Republik IrelandLokasiCollege Street, Dublin 2sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Sfera con Sfera oleh Arnaldo Pomodoro di Perpustakaan Berkeley

Perpustakaan Kolej Triniti Dublin (bahasa Inggeris: Trinity College Librarycode: en is deprecated , Ireland: Leabharlann Coláiste na Tríonóidecode: ga is deprecated ) merupakan perpustakaan untuk Kolej Triniti dan Universiti Dublin. Ia merupakan perpustakaan terbesar di Ireland dan turut berperanan sebagai pusat penyerahan terbitan atau "perpustakaan hak cipta" yang mempunyai hak untuk menerima bahan-bahan yang diterbitkan dalam Republik Ireland secara percuma; ia juga merupakan satu-satunya perpustakaan di Ireland yang mempunyai hak sebegitu untuk United Kingdom. Perpustakaan ini juga merupakan kediaman tetap Buku Kells.[2] Ahli Universiti Dublin juga dibenarkan untuk mengakses kepada perpustakaan Hospital Tallaght dan Sekolah Ekumenik Ireland.

Sejarah

Perpustakaan bermula dengan penubuhan Kolej Triniti pada tahun 1592. Pada tahun 1661, seorang biskop, Henry Jones menyerahkan Buku Kells. James Ussher (1625–56), Biskop Agung Armagh, yang terkenal dengan "Veterum Epistolarum Hibernicarum Sylloge" (1632) dan "Brittanicarum Ecclesiarum Antiquitates" (1639), menyerahkan beribu buku dan manuskrip berharga beliau kepada perpustakaan. Karya-karya lengkap beliau telah diterbitkan oleh perpustakaan dalam 24 jilid.[3]

Pada tahun 1801, perpustakaan diberikan hak sebagai pusat penyerahan terbitan, menjadikan ia satu-satunya perpustakaan di Ireland yang menerima hak tersebut untuk United Kingdom.[3] Pada 29 November 2009 jam 4 petang, Kesatuan Pelajar Triniti menganjurkan protes dengan duduk selama 24 jam untuk membantah pengurangan belanjawan pembelian buku, kekurangan akses buku pada hari Ahad, dan cadangan pengurangan perkhidmatan kaunter.[4]

Bangunan perpustakaan

Perpustakaan ini mempunyai beberapa buah bangunan. Empat daripada terltak di dalam kampus Kolej Triniti, dan yang lain terletak di Pusat Triniti di Hospital St. James, Dublin:

  • Perpustakaan asal (Lama) merupakan binaan oleh Thomas Burgh. Sebuah bangunan yang besar, ia mendominasi pemandangan keseluruhan universiti dari Jalan Nassau. Buku Kells ditempatkan di Perpustakaan Lama, bersama-sama dengan Buku Durrow, Buku Howth dan beberapa teks lama yang lain. Turut bergabung dengan Bilik Panjang, Perpustakaan Lama turut menjadi tumpuan pelancong dan menempatkan beribu bahan nadir. Pada abad ke-18, kolej menerima kecapi Brian Boru, salah satu daripada tiga kecapi Gaelic zaman pertengahan, dan sebuah simbol kebangsaan Ireland, yang kini ditempatkan di dalam Perpustakaan. Selain itu, Perpustakaan Lama turut menempatkan:
    • Koleksi Buku Cetakan Awal dan Khas
    • Perpustakaan Penyelidikan Manuskrip dan Arkib
  • Kompleks Perpustakaan Seni Berkeley/Lecky/Ussher (BLU), menggabungkan:
    • Perpustakaan Berkeley
    • Perpustakaan Lecky
    • Perpustakaan Ussher
    • Perpustakaan Peta Glucksman
    • Jabatan Pemeliharaan dan Pemuliharaan
  • Perpustakaan Sains dan Kejuruteraan Hamilton
  • Bilik Bacaan 1937 (untuk pelajar pascasiswazah)
  • Perpustakaan Perubatan John Stearne, terletak di Hospital St James

Pusat Penyerahan Terbitan

Menurut Akta Hak Cipta Republik Ireland,2000, Perpustakaan mempunyai hak bersama-sama dengan Perpustakaan Negara Ireland serta perpustakaan-perpustakaan Universiti Kebangsaan Ireland, Universiti Limerick dan Universiti Bandar Dublin, untuk menerima satu salinan karya-karya yang diterbitkan di Republik Ireland. Juga, hasil daripada Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan British 2003, yang meneruskan hak yang diberi pada tahun 1801, Perpustakaan mempunyai hak, bersama-sama dengan Perpustakaan British, Perpustakaan Bodleian di Oxford, Perpustakaan Universiti Cambridge, Perpustakaan Negara Wales dan Perpustakaan Negara Scotland, untuk menerima satu salinan karya-karya yang diterbitkan di United Kingdom.

Bilik Panjang

Bilik Panjang dalam Perpustakaan

Ruang utama Perpustakaan Lama sepanjang 65-meter-long (213 ka) yang dikenali sebagai Bilik Panjang telah dibina sekitar 1712 dan 1723 dan menempatkan 200,000 buah buku lama Perpustakaan. Pada mulanya, Bilik Panjang mempunyai siling yang rata, hanya menempatkan buku-buku di aras bawah dan galeri terbuku. Pada tahun 1850-an, memandangkanr rak-rak telah penuh dengan buku-buku yang diperoleh secara permula menerusi hak perpustakaan sebagai pusat penyerahan terbitan, bilik ini telah dibesarkan. Pada tahun 1860, bumbung Bilik Panjang telah ditinggikan untuk menempatkan sebuah galeri atas.[5]

Bilik Panjang turut dihiasi dengan 14 buah patung marmar yang diperoleh oleh kolej dari pengukir terkenal Peter Scheemakers. Patung-patung tersebut merupakan individu-individu yang banyak menyokong kolej selain ahli falsafah dan penulis terkemuka termasuklah Jonathan Swift, yang dihasilkan oleh Louis François Roubiliac.[5]

Bilik Panjang turut menempatkan salah satu salinan terakhir Pengisytiharan Republik Ireland 1916 yang masih ada. Pengisytiharan ini dibaca oleh Patrick Pearse pada 24 April 1916. Pengunjung juga dapat melihat kecapi Kolej Triniti (juga dikenali sebagai "kecapi Brian Boru". Kecapi tersebut diperbuat daripada kayu oak dan willow dan termasuk 29 tali tembaga.[5]

Rujukan

  1. ^ "University and College Officers - University and Professors, Associate Professors, Lecturers and other Officers". College Calendar, Trinity College Dublin (PDF). 2008. m/s. B117. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 Jun 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Book of Kells - The Old Library & the Book of Kells Exhibition : Trinity College Dublin, The University of Dublin, Ireland". Tcd.ie. 2014-12-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2015. Dicapai pada 2015-03-09. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b "History of the Library". Tcd.ie. Dicapai pada 28 January 2013.
  4. ^ "Trinity library occupied - Indymedia Ireland". Indymedia.ie. Dicapai pada 2015-03-09.
  5. ^ a b c "The Long Room". Tcd.ie. Dicapai pada 20 April 2017.

Bacaan tambahan

  • Fox, Peter Treasures of the Library: Trinity College Dublin. Dublin: Royal Irish Academy, 1986 ISBN 978-0-901714-45-9
  • Fox, Peter "The Librarians of Trinity College", in: Vincent Kinane, Anne Walsh, eds., Essays on the History of Trinity College Library, Dublin. Dublin: Four Courts Press, 2000 ISBN 1-85182-467-7

Pautan luar

  • Trinity College Library Dublin
  • Search the Library's catalogue
  • The Library of Trinity College Dublin at Google Cultural Institute
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Catalonia
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
  • Australia
  • Vatican
Institut penyelidikan seni
  • Nama Artis (Getty)
Lain-lain