Pelabuhan Shanghai

Pelabuhan Shanghai is located in Bumi
Pelabuhan Shanghai
Pelabuhan Shanghai (Bumi)
MapNegaraChinaLokasiShanghaiKoordinat30°37′36″N 122°03′54″E / 30.626539°N 122.064958°E / 30.626539; 122.064958sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pelabuhan Shanghai (Bahasa Cina: 上海港code: zh is deprecated ; pinyin: Shànghǎi Gǎng ; Wu; Zånhae Kån) ialah sebuah pelabuhan yang terdiri daripada pelabuhan laut dalam dan pelabuhan sungai yang terletak di Shanghai, China. Pada tahun 2006, ia menjadi pelabuhan tersibuk di dunia buat pertama kali berdasarkan tanan kargo yang mencecah 537 juta TEU.

Geografi

Pelabuhan Shanghai mengadap Laut China Timur di timur, dan Teluk Hangzhou di selatan. Ia termasuk di dalam kawasan muara Sungai Yangtze, Sungai Huangpu dan Sungai Qiantang.

Pentadbiran

Pelabuhan Shanghai diuruskan oleh Shanghai International Port yang menggantikan lembaga pelabuhan Shanghai pada tahun 2003. [1]. Shanghai International Port Berhad adalah syarikat senaraian awam yang mana 44.23 peratus dari sahamnya dimiliki oleh majlis perbandaran Shanghai.[2]

Sejarah

Jambatan Donghai

Pada zaman Dinasti Ming, kawasan bandaraya Shanghai sekarang adalah sebahagian dari wilayah Jiangsu (dengan sebahagian kecil kawasan dari wilayah Zhejiang). Walaupun Shanghai dijadikan pusat pemerintahan daerah pada zaman Dinasti Yuan, ia masih sebuah bandar yang kecil.

Kedudukannya di muara sungai Yangtze membantu perkembangannya menjadi pusat perdagangan pesisir pada zaman Dinasti Qing, terutamanya ketika era Maharaja Qianlong. Beransur-ansur, pelabuhan Shanghai mengatasi Pelabuhan Ningbo dan pelabuhan Guangzhou untuk menjadi pelabuhan terbesar di China pada waktu itu.

Pada tahun 1842, Shanghai menjadi pelabuhan persetiaan yang menukarnya mejadi bandaraya komersil antarabangsa. Menjelang awal kurun ke-20, ia adalah bandaraya dan pelabuhan terbesar di Timur Jauh.

Pada tahun 1949, selepas Shanghai diambil alih oleh Komunis, perdagangan luar telah merosot dengan mendadak. Ini kerana, polisi ekonomi kerajaan Komunis telah memberi kesan buruk kepada pembangunan prasarana dan modal di Shanghai.

Pada tahun 1991, kerajaan pusat telah membenarkan Shanghai untuk melaksanakan Reformasi Ekonomi. Semenjak itu, pelabuhan Shanghai telah membangun dengan pantas. Pada tahun 2005, pelabuhan laut dalam Yangshan telah dibina di kepulauan Yangshan, satu gugusan pulau di Teluk Hangzhou yang dihubungkan kepada Shanghai dengan Jambatan Donghai. Pembangunan ini dapat mengatasi masalah perairan yang cetek di kawasan pelabuhan lamanya, sekaligus dapat menyaingi pelabuhan laut dalam yang lain seperti pelabuhan Ningbo-Zhoushan.

Zon pelabuhan

Terdapat 5 zon kerja utama bagi Pelabuhan Shanghai:

Ekonomi

Pelabuhan Shanghai adalah hab pengangkutan dan pintu masuk perdagangan asing yang amat penting untuk rantau sungai Yangtze. Ianya menjadi nadi kepada pedalaman Yangtze seperti wilayah Anhui, Jiangsu, Zhejiang dan Henan, yang maju dari segi ekonomi dan memiliki kepadatan penduduk yang tinggi, tapak industri yang kukuh dan sektor pertanian yang maju. [3]

Data

Luas kawasan: 3619.6 km persegi

1984, 100 juta metrik tan (mt) dikendalikan

1999, 186 juta mt

2005, 443 juta mt

2006, 537 juta mt

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-13. Dicapai pada 2009-07-17.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-13. Dicapai pada 2009-07-17.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-08. Dicapai pada 2009-07-17.

Pautan luar

  • SIPG, Shanghai International Port (Group) Co., Ltd Diarkibkan 2007-09-19 di Wayback Machine