Maksiat

Sebahagian daripada siri berkaitan
Islam
Pegangan
  • Rukun Iman
  • Tauhid (Keesaan Tuhan)
  • Malaikat
  • Kitab
  • Nabi
  • Hari Akhirat
  • Qada dan Qadar

  • Rukun Islam
  • Pengakuan keimanan
  • Mendirikan sembahyang
  • Menunaikan zakat
  • Berpuasa di bulan ramadan
  • Melaksanakan haji jika mampu

  • Ahli Sunah
    • Asya'irah
    • Maturidiyah
    • Salafi
    • Wahabi
  • Syiah
Sumber
  • Al-Quran dan Hadis
  • Ikon portal Portal Islam
  • l
  • b
  • s

Maksiat adalah melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah, dan pelakunya akan mendapat dosa, dan membuka pintu keburukan seterusnya.

Maksiat menghalangi hidayah

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata,

"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

Maksiat menyebabkan maksiat lain pula

Seorang ulama berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya.

Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

Contoh maksiat

  • Tidak mengaku persaksian 'Tiada Tuhan selain Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W Pesuruh Allah' .
  • Meninggalkan solat fardhu 5 waktu
  • Tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
  • Tidak membayar zakat untuk harta yang disimpan bila cukup tempoh.
  • Tidak menunaikan Haji bila mampu.
  • Zina,mengumpat,Dan lain lain perbuatan dosa
  • Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, lelaki berdua-duaan dengan perempuan.

Lihat juga