Konsert Gong Impian M. Nasir

Tarikh9 Oktober 1992Jumlah persembahan1Kronologi konsert M. Nasir

Konsert Gong Impian M. Nasir ialah konsert solo oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, diadakan pada 9 Oktober 1992 di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA. Lagu-lagu yang dipersembahkan termasuk lagu-lagu dari album S.O.L.O dan Saudagar Mimpi serta lagu-lagunya bersama kumpulan Kembara.[1]

Konsert

Konsert Gong Impian M. Nasir diadakan pada 9 Oktober 1992 di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA.[2][3] Persembahan beliau diiringi oleh seramai 13 pemuzik undangan.[1] Ia dimulakan dengan deklamasi sajak oleh Pyan Habib bertajuk "Songsang" karya Latiff Mohidin dan "Melayu vs Melayu" karya beliau sendiri sebaik sahaja gong dipalu sebagai pembuka tirai konsert.[1] Dalam persembahannya, M. Nasir menyampaikan lagu-lagu dari album terbarunya, Saudagar Mimpi yang dikeluarkan pada April 1992, beliau turut mempersembahkan lagu-lagu dari album S.O.L.O (1989) serta lagu-lagunya bersama Kembara.

Antara yang hadir menonton persembahan beliau ialah Ketua Setiausaha Negara ketika itu Ahmad Sarji Abdul Hamid, presiden PAPITA A. Rahman Hassan dan rakan-rakan penyanyi Ramli Sarip, Hattan, Sheila Majid dan Ramlah Ram.[1]

Tarikh konsert

Tarikh Negara Bandar Lokasi Masa Jualan tiket
9 Oktober 1992 Malaysia Kuala Lumpur Dewan Lee San Choon, Wisma MCA 8:45 mlm (WPM) Habis dijual

Tenaga kerja

  • M. Nasir - penyanyi
  • BoxOffice Malaysia - penerbit, penganjur
  • Salem - penaja

Rujukan

  1. ^ a b c d Norazli Noh (1 November 1992). "Konsert Gong Impian M. Nasir menghiburkan". URTV. Dicapai pada 14 April 2020 – melalui Prahara Seni.
  2. ^ "Gong impian M. Nasir". Berita Harian. 9 Oktober 1992. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  3. ^ Nur Hajar Mohamed (9 Oktober 1992). "Concert of your dreams" [Konsert impian anda] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  • l
  • b
  • s
Album studio
Album duet
Album instrumental
  • Irama (1982)
Album kompilasi
Lagu dan single
Konsert dan jelajah
Filemografi
Rencana berkaitan
  • Buku Wikipedia Buku
  • Kategori Kategori