Gedung serbaneka

Bahagian dalam kebiasaan sebuah gedung serbaneka Macy's.

Gedung serbaneka adalah suatu bentuk jualan runcit yang menjual pelbagai jenis barang dagangan. Ia biasanya lebih besar dari pasar raya. Kebanyakan gedung serbaneka merupakan sebahagian dari kedai rantaian di sesebuah negara.

Barang-barang yang dijual adalah seperti

  • Barang-barang keperluan lelaki & wanita.
  • Barang-barang keperluan remaja & kanak-kanak.
  • Perabot & alatan dapur.
  • Barangan elektrik dan elektronik.

Selain itu, ada juga gedung serbaneka yang menjual barang-barang seperti cat, perkakasan, kelengkapan dandanan diri, alat solek, kelengkapan fotografi, barang kemas, mainan dan kelengkapan sukan.