Dilong

Dilong (Cina ringkas: 地龙code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 地龍code: zh is deprecated ; pinyin: dìlóng; Wade-Giles: ti-lung; "naga bumi") ialah nama seekor naga Cina yang juga bermaksud "cacing" dalam perubatan tradisional Cina dan "Geosaurus" dalam tatanama zoologi Cina.

Naga

Dalam mitos Cina, dilong merupakan salah seekor naga -long yang umpama shenlong (naga dewa) dan huanglong (naga kuning). Memandangkan perkataan (code: zh is deprecated "tanah, darat, bumi") berbeza dengan tian (code: zh is deprecated "langit, angkasa, syurga") dari segi makna (cth. tiandi 天地code: zh is deprecated "angkasa dan bumi, alam semesta", rujuk Tiandihui), maka dilong berpasangan dengan tianlong (天龍code: zh is deprecated "naga syurga"). Naga Cina sepatutnya boleh terbang, dan oleh itu dianggap makhluk samawi, bukan makhluk duniawi seperti dilong yang "terikat pada bumi". Dua lagi pengecualian ialah panlong (蟠龍code: zh is deprecated "naga melingkar; seekor naga yang tidak naik ke angkasa") dan tulong (土龍code: zh is deprecated "naga tanah") yang sebenarnya merujuk kepada sejenis buaya iaitu Alligator sinensis (code: zh is deprecated , tuo).

Dilong mula-mula disebut dalam naskhah biografi Sejarah Wangsa-Wangsa Selatan yang dikarang pada abad ke-7 M tentang Laksamana Wang Sengbian (m. 555 CE) pada Dinasti Liang. Mengikut riwayat itu, disaksikannya "dua ekor naga" yang naik ke angkasa, maka dilong yang meninggalkan wilayah Liang ditafsirkan sebagai petanda kejatuhan Liang pada tahun 550 M. Ronan dan Needham (1995:308) memetik satu lagi konteks dalam biografi Wang ini dengan mengatakan bahawa perahunya ada "sepasang naga" (雙龍code: zh is deprecated ) di sebelah-sebelahnya, yang mana mereka mentafsirkannya sebagai "pembetulan sastera" bagi "sepasang roda" (雙輪code: zh is deprecated ) bagi sejenis bot kayuh.

Cacing

Dilong atau dilongzi (地龍子code: zh is deprecated "anak naga bumi") ialah satu gelaran yang beradab buat "cacing", yang biasanya dipanggil qiuyin (蚯蚓code: zh is deprecated ). Perkataan Long (code: zh is deprecated ) digunakan dalam tatanama zoologi bahasa Cina seperti mana perkataan Inggeris dragon terpakai dalam dragonfly atau dragonfish[1], yang mana nama long dipakai untuk hidupan yang seakan naga (cth., hailong 海龍code: zh is deprecated "naga laut" untuk "memerang laut; Syngnathinae" atau longluozi 龍落子code: zh is deprecated "anak jatuh naga" untuk "kuda laut"); ataupun dikaitkan dengan dinosaur (cth. tulang nujum yang berasal dari dinosaur bergelar longgu 龍骨code: zh is deprecated "tulang naga").

Dilong mula-mula mengambil erti "cacing" dalam naskhah Qixiu Leigao (七修類稿code: zh is deprecated ) yang dikarang oleh cendekiawan Dinasti Ming yang bernama Lang Ying (郎瑛code: zh is deprecated , 1487-1566 M). Entri farmakologi bagi qiuyin (蚯蚓code: zh is deprecated ) iaitu cacing dalam Bencao Gangmu (1578) menyenaraikan nama-nama lain bagi haiwan itu seperti dilong dan tulong (土龍code: zh is deprecated ). Li Shizhen berhujah bahawa nama-nama ini berasal dari mitos bahawa cacing (seperti naga) boleh menimbulkan cuaca yang tidak menentu.

Dilongsan ([] Error: {{Lang}}: tiada teks (bantuan) "serbuk naga bumi") merupakan sejenis ubat tradisional Cina yang diperbuat daripada abdomen cacing tanah merah, Lumbricus rubellus.

Makna lain

Dilong merupakan istilah Cina moden buat makhluk buaya purba Geosaurus (dari bahasa Yunani "biawak bumi").

Dilong disebut chiryū dalam bahasa Jepun dan merupakan nama bagi sebiji buah catur dalam Shogi. Dalam permainan Taikyoku shogi, buah ini tertera 地龍code: ja is deprecated "naga bumi" di sebelah muka dan yulong atau uryū 雨龍code: ja is deprecated "naga hujan" di sebelah lagi muka.

Rujukan

  1. ^ Carr (1990:99-100)
  • Carr, Michael. 1990. "Chinese Dragon Names", Linguistics of the Tibeto-Burman Area 13.2:87-189.
  • Ronan, Colin Alistair and Joseph Needham. 1995. The Shorter 'Science and Civilisation in China', vol. 5. Cambridge University Press.