Bikers Kental 2

Bikers Kental 2
PengarahHelmi Yusof
Penulis
  • Helmi Yusof
  • Nurul Salajudin
Dibintangi
  • Zizan Razak
  • Afdlin Shauki
  • Awie
  • Amerul Affendi
  • Hushairy Hussein
  • Bront Palarae
  • Julangtip Sukkasem
Syarikat
penerbitan
  • MRB Network
  • Califwork Studios
Tarikh tayangan
14 Mac 2019 (Malaysia, Brunei)
21 Mac 2019 (Singapura)
Masa tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
  • Melayu
  • Thai
  • Inggeris
BajetRM 2 juta
Pecah panggungRM 7.6 juta

Bikers Kental 2 ialah sebuah filem aksi pengembaraan permotoran Malaysia 2019 arahan Helmi Yusof. Kesinambungan kepada filem 2013 Bikers Kental, ia menceritakan lagi pengembaraan geng motosikal di Thailand demi musuh dan cinta selepas enam tahun. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Awie, Afdlin Shauki, ia ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 14 Mac 2019.[1][2][3][4]

Sinopsis

Enam tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Bidin Al-Zaifa kini sudah mempunyai sebuah kedai motosikal. Dia kini dilamun cinta dengan Cherry Porntit, seorang wanita Thai di Hatyai. Dia melamarnya tetapi abang Cherry, seorang juara Muay Thai, tidak bersetuju dengan adiknya berkahwin dengan Bidin. Malah, musuh lama Bidin iaitu Al Buqerk sedang memburunya untuk selesaikan hutang lama. Dengan bantuan rakannya Eddy, Aidil, mereka sekali lagi bertolak ke Thailand dengan motosikal, kali ini untuk memenangi cinta dan melawan musuh.

Pelakon

  • Zizan Razak sebagai Bidin Al-Zaifa,Rakan kongsi dengan Aidil Hogan dan bakal suami kepada Cherry
  • Afdlin Shauki sebagai Aidid Hogan, Adik kepada Aidil dan kawan Eddie Cuardo beliau ingin cari isteri warga Thailand. Watak Aidid diwujudkan kerana bagi menggantikan watak Aidil yang dilakonkan oleh Allahyarham Harun Salim Bachik telah meninggal dunia pada 2015.
  • Awie sebagai Eddie Cuardo,Kawan sejati Bidin dan Aidid yang mempunyai motorsikal chopper
  • Amerul Affendi sebagai Al Buqerk, individu menuntut balas dendam atas kematian Ponthaliwat dan mencari Bidin bagi dapatkan wang rompakan dilarikan oleh Bidin .
  • Hushairy Hussein sebagai Khunna Meliwat,Ketua gengster bisu
  • Bront Palarae sebagai Ponthaliwat,Abang angkat Al Buqerk yang dibebaskan dari penjara selepas kejadian di Krabi namun mati ditembak oleh Khunna .
  • Julangtip Sukkasem sebagai Cherry Porntit,Teman wanita Bidin dan kakak Saiya,adik kepada Ananda.
  • Kaew Korravee sebagai Saiya Sukhapon,Adik kepada Cherry yang berdendam dengan Cherry kerana merampas Bidin darinya meskipun dia sendiri tolak Bidin .Di hujung mati dalam kemalangan semasa Bidin dan Ananda kejar Buqerk.
  • Pont Cranium sebagai Ananda,Abang kepada Cherry dan peninju Muay Thai bertubuh sasa.
  • Sufian Mohamad sebagai ahli Biker Eddie

Penerbitan

Menurut Helmi Yusof, kesinambungan Bikers Kental diterbitkan selepas melihat sambutan hangat yang diberikan oleh peminat industri filem tempatan.[5]

"Perancangan awalnya, filem Bikers Kental 2 dilakukan sejurus sahaja filem pertama ditayangkan. Namun oleh kerana pada tahun 2014 dan 2015 memperlihatkan industri filem tempatan mendapat kutipan dan sokongan yang kurang memberangsangkan, maka ia dilanjutkan tahun penggambaran. Kami menunggu masa yang sesuai untuk melalui proses penggambaran yang seterusnya,"

Untuk filem ini, Helmi memilih filem Wild Hogs arahan Walt Becker sebagai rujukan. Penggambaran dijalankan di sekitar Danok, Songkhla, Hatyai, Trang dan Phuket.

Muzik

Runut bunyi rasmi bagi filem ini ialah Bikers Kental dinyanyikan oleh Akim Ahmad ft Faizal Tahir .Ia dikeluarkan pada 12 Mac 2019 iaitu empat hari sebelum ditayangkan filem Bikers Kental 2 dan Muzik video dikeluarkan di YouTube beliau.

Antara lagu lain seperti Selamanya Untukmu (OST Bikers Kental 1 nyanyian Awie) dan beberapa lagu Thailand selitkan beberapa babak.

Keluaran dan sambutan

Bikers Kental 2 pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada Jun atau Julai 2017, namun ditangguhkan sehingga 2019.[6] Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 14 Mac 2019.[7]

Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Mengulas untuk Harian Metro, Amirul Haswendy Ashari menyatakan penceritaan filem ini agak ‘caca marba’ dan hampir tiada fokus, terutama kepada hala tuju setiap watak.[8]

Rujukan

  1. ^ "Awie puji Nadia, Zizan rindu Bidin". Kosmo. 31 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-06. Dicapai pada 6 November 2018.
  2. ^ "Ia Perbuatan Fitnah & Hasad Dengki-Awie". mStar. 11 April 2016. Dicapai pada 6 November 2018.
  3. ^ "Bukan kerana sakit". Harian Metro. 1 Mac 2016. Dicapai pada 6 November 2018.
  4. ^ "Review: The big-nosed biker romances Thailand again". New Straits Times. 22 March 2019.
  5. ^ Budiey (7 Februari 2019). Yang Menarik Tentang Filem BIKERS KENTAL 2 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 Mac 2019.
  6. ^ "Bikers Kental 2" dijangka ditayangkan Jun 2017! Cinema.com.my (11 Disember 2016). Dicapai pada 15 Mac 2019.
  7. ^ Bikers Kental 2 padat aksi, temui penonton Mac 2019 Buzzing Malaysia (21 Februari 2019). Dicapai pada 6 Mac 2019.
  8. ^ Amirul Haswendy Ashari (17 Mac 2019). Penceritaan 'caca marba' Harian Metro. Dicapai pada 19 Mac 2019.

Pautan luar