Bahasa Arab Hassaniyah

Bahasa Arab Hassānīyah
حسانيةcode: ar is deprecated
Ḥassānīya
Asli kepadaMauritania, Maghribi selatan, Sahara Barat
Penutur bahasa
2,450,000
Keluarga bahasa
Afro-Asia
  • Semitik
    • Semitik Barat
      • Semitik Tengah
        • Semitik Tengah-Selatan
          • Bahasa Arab
            • Bahasa Arab Maghreb
              • Bahasa Arab Hassānīyah
Sistem penulisan
Abjad Arab
Status rasmi
Bahasa rasmi di
none
Dikawal selia olehnone
Kod bahasa
ISO 639-3mey

Bahasa Arab Hassaniyah (Arab: حسانيةcode: ar is deprecated Ḥassānīya) merupakan lahjah Bahasa Arab yang pada asalnya dituturkan oleh puak Badawi Beni Hassān, yang memerintah bahagian besar Mauritania dan Sahara Barat antara abad ke-15 hingga abad ke-17. Bahasa ini hampir menggantikan dengan sepenuh-penuhnya Bahasa Berber yang dituturkan di kawasan ini. Walaupun jelas sebagai loghat barat, Hassānīya agak jauh daripada variasi-variasi Bahasa Arab Afrika Utara yang lain. Disebabkan oleh kedudukan geografinya, loghat ini dipengaruhi oleh bahasa-bahasa seperti Bahasa Zenaga dan Bahasa Wolof. Terdapat beberapa loghat Hassaniya. Perbezaan yang utama adalah dari segi fonetik. Kini Hassaniya dituturkan di Algeria, Maghribi, Mauritania, Mali, Niger, Senegal, dan Sahara Barat.

Lihat juga

Bibliografi

  • 1.Cohen, David & el Chennafi, Mohammed (1963). Le dialecte arabe ḥassānīya de Mauritanie (parler de la Gəbla). Paris: Librairie C. Klincksieck. ISBN 2-252-00150-X.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • 2. Hassaniya, the Arabic of Mauritania, AL-ANY, RIYADH S. / In: Linguistics; vol. 52 (1969), pag. 15 / 1969
  • 3. Hassaniya, the Arabic of Mauritania, Al-Any, Riyadh S. / In: Studies in linguistics; vol. 19 (1968), afl. 1 (mrt), pag. 19 / 1968
  • 4. Hassaniya Arabic (Mali) : Poetic and Ethnographic Texts, Heath, Jeffrey; Kaye, Alan S. / In: Journal of Near Eastern studies; vol. 65 (2006), afl. 3, pag. 218 (1) / 2006
  • 5. Hassaniya Arabic (Mali) : poetic and ethnographic texts, Heath, Jeffrey / Harrassowitz / 2003
  • 6. Hassaniya Arabic (Mali) - English - French dictionary, Heath, Jeffrey / Harrassowitz / 2004

Pautan luar

Countries with Hassaniya speakers: Ethnologue, country index - languages of the world (map) Templat:VarietiesofArabic

Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat