Anafasa
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/35/Anaphase.svg/300px-Anaphase.svg.png)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/91/Anaphase_IF.jpg/300px-Anaphase_IF.jpg)
Anafasa ialah tahap dalam mitosis yang berlaku selepas metafasa selepas kromosom yang digandakan melalui replikasi itu dibahagi dan dipecahkan, dengan kromatid anak dipindahkan ke kutub-kutub hujung sel. Kromosom sel juga mencapai kondensasi maksimum pada lewat tahap ini agar pemisahan kromosom tersebut serta pembentukan semula nukleus dapat dijalankan[1] Sel beralih kepada telofasa setelah fasa ini selesai.
Rujukan
- ^ "Chromosome condensation through mitosis". Science Daily. Dicapai pada 12 Jun 2007.