341 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
Dekad:
  • 36-an SM
  • 35-an SM
  • 34-an SM
  • 33-an SM
  • 32-an SM
Tahun:
  • 344 SM
  • 343 SM
  • 342 SM
  • 341 SM
  • 340 SM
  • 339 SM
  • 338 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Philip II dari Macedon menyiapkan pengilhakannya terhadap Thrace. Ini dianggap oleh Athens sebagai lagi satu ancaman terhadap keselamatan kotanya.
  • Demosthenes menyampaikan Serahan Ketiganya. Dalam ucapan tersebut, beliau mendesak bahawa Athens mengambil tindakan yang tegas terhadap Philip II. Demosthenes kini menguasai politik Athens dan berupaya menjejaskan puak pro-Macedon yang diketuai oleh Aeschines. Oleh itu, Demosthenes menjadi pengawal tentera laut Athens.
  • Sebuah perikatan besar-besaran yang termasuk Byzantium dan bekas musuh-musuh Athens, seperti Thebes, dibentuk oleh Demosthenes terhadap Philip II. Perkembangan-perkembangan ini merisaukan Philip yang lagi murka terhadap Demosthenes. Bagaimanapun, Perhimpunan Athens mengetepikan rungutan Philip terhadap kelakuan Demosthenes dan mengecam Perdamaian Philocrates yang dimeterai oleh kedua-dua pihak pada tahun 346 SM. Tindakan ini adalah sama sahaja dengan pengisytiharan perang oleh Athens terhadap Macedon.

Republik Rom

  • Perang Samnium Pertama tamat dengan kemenangan Rom dan kerelaan Samnium untuk berdamai. Perang itu tamat dengan perjanjian perdamaian yang segera, akibat pemberontakan sekutu-sekutu Latin Rom yang berasa geram akan kebergantungan mereka kepada sebuah kota yang dominan. Walaupun Perang Samnium Pertama singkat sahaja, ia menyebabkan pemerolehan utama Rom terhadap tanah kaya Campania beserta ibu kotanya, Capua.

Kelahiran

  • Epicurus, ahli falsafah Yunani dan pengasas Epikureanisme (maut 270 SM).

Kematian